make a site

DERMA

Yayasan Bina Insan Malaysia (YBIM) tidak mempunyai sumber kewangan yang tetap. Sumber pendapatan utama bergantung kepada sumbangan daripada individu, syarikat korporat dan kerajaan, pendapatan dari simpanan di institusi kewangan dan unit amanah, atau melalui pelaksanaan program kutipan dana yang dianjurkan oleh YBIM atau secara kerjasama.

Firman Allah S.W.T yang bermaksud :

“Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya”.

(Surah Al-Baqarah: 261)

Mobirise

Program MYAUTODEBIT adalah kempen pengumpulan dana yang direka khas untuk memudahkan dermawan yang berminat untuk menyumbang secara bulanan demi mencapai matlamat YBIM membantu golongan sasaran meningkatkan taraf hidup mereka.

Program MYAUTODEBIT YBIM mempelawa anda untuk menyumbangkan serendah RM10 sebulan untuk membiayai program-program di YBIM, dan segala sumbangan yang disalurkan akan mendapat pelepasan cukai LHDN (01/35/42/51/179-6.6297).

Mobirise

MAKLUMAT BANK YBIM

NAMA BANK: CIMB BANK
NAMA AKAUN: YAYASAN BINA INSAN MALAYSIA
NO. AKAUN: 8002092197

Mobirise

Program 1DONATION adalah kempen pengumpulan dana yang direka khas untuk memudahkan dermawan yang berminat untuk menyumbang satu jumlah ikhlas tanpa terikat dengan komitmen bulanan.

Program 1DONATION YBIM mempelawa anda untuk menyumbangkan serendah RM10 untuk membiayai program-program di YBIM, dan segala sumbangan yang disalurkan akan mendapat pelepasan cukai LHDN (01/35/42/51/179-6.6297).

Dalil Hadis yang bermaksud :

“Dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah S.A.W. bersabda : “Sedekah yang terbaik adalah yang dilakukan oleh orang yang kaya. Mulailah dengan memberi sedekah dengan bersedekah kepada orang yang menjadi tanggungjawabm u”. (Hadis riwayat Bukhari)

“Daripada Anas Radhiallahu ‘anhu daripada Nabi S.A.W sabdanya: “Tiada beriman seseorang kamu hingga dia mencintai untuk saudaranya apa yang dia cintai untuk dirinya”.

(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Mobirise

KEBAIKAN MENDERMA

- Dapat menyucikan harta yang ada
- Dapat membantu golongan fakir miskin
- Mewujudkan rasa kasih sayang
- Menjadikan harta lebih diberkati dan diperluaskan lagi rezeki

KEMULIAAN ORANG YANG MENDERMA

  1. Menjadi penaung di akhirat apabila berada di Padang Mahsyar
  2. Diringankan hisab di akhirat
  3. Menambah berat timbangan amalan kebaikan di akhirat
  4. Memudahkan laluan di Titian Siratul Mustaqim
Menderma dalam konsep Islam bukan sekadar membantu golongan miskin dan mereka yang ditimpa musibah, malahan juga boleh dibuat melalui pembiayaan pembinaan rumah anak-anak yatim, golongan orang kurang upaya dan warga emas. Menderma juga boleh diertikan dengan menyediakan peralatan seperti makanan, pakaian, perabot dan lain-lain peralatan yang bersesuaian bagi golongan tersebut.
Mobirise
Pejabat Utama

57-1, Jln Equine 9, Bdr Putra Permai, Seri Kembangan 43300 Selangor, Malaysia

Tel.: +603-8942 8996

Cawangan

Tingkat 1, Bangunan Tabung Haji
42700 Banting,Selangor,
Malaysia

Pengurusan

+60 12-805 5862 (Shelliza)